Sekarang, mata dapat lagi pejam celik., pejam celik…akan sampai suatu masa nanti, sepasang mata itu tak dapat celik-celik lagi..
Sekarang, boleh lagi sedut dan lepaskan nafas…akan sampai suatu masa.. nafas itu pun terhenti dan tak dapat disedut ataupun dilepaskan lagi..
Sekarang, jantung masih mampu mengepam darah dan berdegup kencang…akan tiba masanya nanti degupan jantung itu pun akan berhenti…
Sekarang, ramai lagi rakan-rakan yang dapat bergelak ketawa dan bersenda gurau bersama…akan tiba masanya nanti kawan-kawan itu akan terkedu dan menangis hiba di samping sekujur Jenazah yang kaku…
Sekarang, masih ada lagi masa dan pilihan samada untuk beramal bakti ataupun untuk terus berbuat janji dan mencipta alasan begitu begini, namun akan tiba masanya kita akan PERGI TAKKAN KEMBALI manakala segala janji dan alasan tidak lagi diperduli..Wallahu a’lam…
Inilah hakikat kehidupan dunia yang sementara…
Beramah mesra & bergambar kenangan bersama para peminat yang membeli buku terbaru Ustaz Amal berjudul ‘Syurga Merindui-Mu’ di gerai Galeri Ilmu. Terima kasih semua..
Bersama Saudara Faisal Hamdi dan Ajwad Du’a – usai perbincangan ‘story board’ untuk penggambaran video klip single kedua kumpulan Du’a di Restoren Fareed, Saujana Utama.
Mencela dan mengaibkan saudara saudara seagama kita adalah satu kefasikan yang nyata. Tahanlah pena dan lidah kita. Bertaqwa dan bersabarlah. Ingatlah perhitungan yang berat saat kita berdiri keseorangan di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Sebelum terlibat menyebarkan keaiban seseorang, maka suluh dan pantau terlebih dahulu keaiban dan kelemahan yang ada pada diri sendiri. Barangsiapa berusaha menutup keaiban saudaranya di dunia ini, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat nanti.
Shaikh Ali Mohammad Mokhtar dalam karangannya “Peranan Masjid dalam Islam”, berkata memilih ahli jawatankuasa masjid perlu dibuat dengan teliti, mengikut pertimbangan adil.
Ini kerana katanya, peranan mereka amat besar dan mulia yang memerlukan ketabahan untuk menarik orang Islam memakmurkan masjid. “Tugas ini tidak tercapai kecuali dengan kewujudan muslim yang betul-betul cenderung dan komited dengan Islam. Mereka juga memelihara kesucian akidahnya, berupaya melapangkan sebahagian besar masanya untuk masjid,” katanya.
i. Menghafal al-Quran dengan hafalan yang baik dan sempurna, bacaannya betul serta mengetahui tafsirnya, mengetahui hadis nabi dan sejarah Islam, betul dan tepat. Ia syarat utama atau asas khususnya ketika hendak memilih ketua jawatankuasa atau imam.
ii. Mempunyai pengetahuan yang baik dan kelayakan pengajian yang mencukupi. Dia juga harus mempunyai pengetahuan walaupun sedikit mengenai ilmu keduniaan dan aspek teknologi moden.
iii. Fasih dalam salah satu bahasa asing, khususnya bagi ketua ahli jawatankuasa dan khatib masjid.
iv. Mempunyai sifat tawaduk (rendah diri) dan latar belakang yang baik akhlaknya, malah disaksikan dan diakui kenalan dan jirannya.
v. Berupaya menjalankan tugas. Jika didapati ada antara ahli jawatankuasa itu tidak dapat menjalankan tugasnya, dia hendaklah dilucutkan jawatannya.































Pahrol Mohamad Juoi
Ajwadaie
Saifulislam
Hilal Asyraf