AYAT KURSIY DI EMPAT PENJURU RUMAH
Allah Yang Maha Agung telah mengurniakan kepada Rasulullah SAW dan umatnya kitab yang agung. Kitab suci Al Quranil Karim.
Sekiranya umat Islam bersungguh-sungguh mempelajari, memahami, menghayati, melaksana dan dan memperjuangkan pengajaran al quran di dalam kehidupan mereka, nescaya mereka sedang menuju kepada keagungan. Keagungan hidup dunia dan akhirat.
Sepertimana yang telah kita nyatakan bahawa semua surah dalam al-Qur’an adalah surah yang agung dan mulia. Demikian juga dengan seluruh ayat yang terkandung di dalamnya. Namun, Allah Ta’ala dengan kehendak, keagungan dan kebijaksanaanNya menjadikan sebagian surah dan ayat lebih agung dari sebahagian yang lain.
Lalu, apakah surah yang paling agung di dalam al quran?
Jawabnya adalah surat al-Fatihah.
Dan…ayat manakah yang paling agung?
Kalau hendak tahu, ayat yang paling agung dalam al quran adalah ayat Kursi, ayat 255 di dalam surat Al-Baqarah.
Hal ini ini diketahui berdasarkan hadis berikut. Hadis yang menceritakan mengenai perbualan Rasulullah SAW dan Ubay bin Ka’ab r.a. (ulama al quran di kalangan para sahabat).
Ubay bin Ka’b radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:
“Wahai Abul Mundzir (gelar kunyah Ubay), tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.”
Beliau berkata, “Wahai Abul Mundzir, Tahukah engkau ayat mana di kitab Allah yang paling agung?”
Aku pun menjawab: “Allahu La ilaha illa Huwal Hayyul Qayyum…..(sehingga akhir ayat).”
Maka beliau memukul dadaku dan berkata, “Demi Allah, selamat atas ilmu (yang diberikan Allah kepadamu) wahai Abul Mundzir.” (HR. Muslim no. 810).
Sebagai umat Islam, kita hendaklah akrab dengan ayat yang agung ini.
Ayat yang agung ini, menjadi suatu khazanah umat yang tidak ternilai harganya kerana ganjarannya adalah syurga Allah.
Dalam hadits yang lain, Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi setelah setiap salat wajib, tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga selain kematian.” (HR. ath-Thabrani no. 7532).
Disunnahkan kita membaca ayat ini setiap hari pada tiga keadaan berikut:
(1) Setelah selesai salat wajib
(2) Sewaktu berzikir pagi dan petang
(3) Sebelum mula tidur.
Ayat ini amat ampuh untuk dijadikan pendinding umat manusia bagi menghadapi tipudaya dan bujukan syaitan laknatullah.
Dikatakan bahwa apabila Saidina Abdul Rahman ‘Auf Radhiyallahu ‘anhu masuk ke rumahnya, maka dia akan membacakan ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya sebagai langkah keselamatan dan pelindung daripada syaitan.













Pahrol Mohamad Juoi
Ajwadaie
Saifulislam
Hilal Asyraf